« June 2007 | Main | August 2007 »

July 31, 2007

6 perkara Allah sembunyikan

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang

panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang

dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada

Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud."Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan

ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir

zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan

sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan

lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan

ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas

perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang

Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap

dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300

tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia

sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya,

atau sepertiganya, atau seperempatnya?" Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu

dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu 

kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan

yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam. Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim

Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang

berkekalan bagi orang yang mengingati.

                            

July 30, 2007

i'm in blur mood.

erm .. erm .. erm.
ada menda yang berlegar kat sini {kepala guwaa..} tp cuma disini.

tak berat boleh diabaikan .. tp berselirat.

cisss cik bedah.. nyah kau dari situ. dari kepala guwaa.

i'm in blur mood... tp aku ada kurang dari 24 jam untuk mencuba.

July 02, 2007

AD, BJH, CBT

BJH - BeJjaH @ B-JaH

CBT - CaBooT

JJM - AD .. 'aliff Daniel' dah bertahun dia gelarkan keratanya AD baru hari tu aku tahu.. meaning AD.. uh apa arr. letak nama keter sama ngan nama anak... nenong nenong.

kelmarin B-JaH lepak sebelah CaBooT .. nasib CaBooT tak ajak B-JaH cabut.. ahahaha. tinggalkan AD ..bdak kecik tuh.

big plate

big plate restourant

malam jumaat tu.
big plate.. high glass.. lokasi di kampung melayu subang.. Kalau aku nak rate kan, pasal makanan di restoran memang best..dan boleh kopak kalu dating kat sinun selalu..ahahaaha.
beb ingat lagi tak menu aku ari tuh??.. big plate steak. ehehe .. ada jagung rebusss... Makanan dia boleh tahan tapi malang servis memang low class you.. ahaha tidakle.. mungkin malam sabtu begitu ramai yang datang dan ada juga yang datang dengan family yang besar.. Nak duduk pun tunggu turn. Uh aku sendiri duduk ditempat panas tu..tak de kipas. Pergh lagi panas makanan pulak sampai lambat. Hampir sejam jugak tunggu. By the way..objective malam tu tercapai jugak.

sayang sekali gambar yang aku amik malam tu gelap.. kurang pengcahayaan sebabnyer  tak tekan butang lampu tuh.. uh

tapi ape pun memang puas hati.. bab makan la aku puas hati hingga aku makan sampai ngantok.

nasib le orang yang order menu 'kambing banting' tak sampai separuh anak kambing.. aduh tak dapat aku bayangkan.